Buat semua warga Sibu khususnya, beberapa hari yang lepas, kita semua berdepan dengan sekali lagi cabaran pandemik Covid-19. Zon Sibu diisytiharkan sebagai Zon Merah.
.
Selepas itu Zon Sibu memasuki Fasa PKP sekali lagi bagi mengekang penularan wabak ini. Kami pasti ramai yang akan terkesan terutama sekali para peniaga kecil dan juga perusahaan lain yang tidak dibenarkan beroperasi seperti biasa.
.
Kursus secara fizikal jugak tidak dibenarkan. Maka oleh sebab itu, pada minggu ini, kami akan membawakan kepada anda Sesi Webinar/FB Live secara PERCUMA buat semua yang berminat ingin mengetahui bagaimana kita boleh berniaga melalui online sepanjang tempoh PKP ini.
.
Daftar minat di sini dan kami akan hantar emel peringatan mengenai Webinar ini kelak :
https://form.jotform.com/210159073990053

 

Sarawak Digital Economy Corporation
Sarawak Digital Village
Sarawak Multimedia Authority

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *